KUALA LUMPUR – Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) kesal dengan sikap segelintir Ahli Parlimen tidak patuh dengan titah Yang di-Pertua Agong supaya merahsiakan akuan bersumpah (SD) mereka kepada khalayak umum.
Timbalan Ketua Pemudanya, Muhammad Taqiuddin Cheman berkata, beliau tidak faham kenapa ada dalam kalangan wakil rakyat berkenaan susah untuk mematuhi dan mengikut apa yang disuruh.
“Kalau yang suruh itu orang biasa, tidaklah saya hairan kalau dia langgar. Ini arahan rasmi dari pihak istana.
“Sudah dimaklum secara jelas, jangan didedahkan apa-apa maklumat, hitam putih akuan bersumpah kepada umum.
“Ini bukan sahaja SD yang didedah, perbualan mereka dengan Yang di-Pertuan Agong pun didedah,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Semalam, tular satu video Ahli Parlimen Pas dilihat seolah melanggar arahan merahsiakan sokongan.
Dalam video berdurasi satu minit lima saat itu, Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman sedang ditemubual Yang di-Pertuan Agong untuk menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri kesembilan.
Sebelum itu, Ahli Parlimen Sepanggar dari Parti Warisan Sabah, Datuk Azis Jamman turut melakukan pelanggaran sama apabila menularkan gambar SD yang secara terbuka dan jelas memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia baharu.
Menurut Muhammad Taqiuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang, beliau membuat teguran itu kerana pelanggaran rahsia mereka sudah terdedah kepada umum.
“Kerana ia sudah tersebar luas, saya rasa eloklah saya tegur kepada semua yang terlibat, bukan sahaja kepada individu yang dirakam perbualannya bersama Yang di-Pertuan Agong.
“Akur dan patuhlah dengan proses dan kerahsiaan yang dititah oleh baginda Agong. Bersabarlah kalau ya pun begitu yakin dengan nombor yang dimiliki.
“Hormati institusi dan biar Yang di-Pertuan Agong atas kebijaksanaan baginda melaksanakan peranan mengikut lunas Perlembagaan,” katanya.
Katanya, beliau berasa agak malu dan sedih dengan sikap wakil rakyat dari Pas itu dan kepada yang merakam serta menyebarkannya.
“Sedarkah kalian, sikap dan tindakan kalian mengundang lebih banyak persoalan di kalangan awam dan mencemarkan Istana?
“Tidakkah kalian belajar daripada kemurkaan yang dizahirkan istana terhadap Setiausaha Agung kalian atas tindakannya yang derhaka dengan titah tuanku?
“Semoga Allah melindungi kita semua daripada bersikap gelojoh dan gopoh seperti ini,” ujar beliau. – MalaysiaGazette
Yang terbaik adalaha PM buat keabsahan di Parlimen, ada SD pun tidak laku kalau di Parlimen. YB-YB semua ini di luar kata lain di Parlimen kata lain. Dulu kata ada nombor sekarang tiada pula.
betul….RAKYAT MALU dan MUAK gelagat MP PEMBANGKANG yang buat DEMO HARAM konon xdak dibenarkan masuk Parlimen…perlekehkan FRONTILINERS yang bertungkus lumus menyelamatkan nyawa…
tanpa keMALUAN ANWAR dan MP2 P UNAH haraPAN buat sidang mEDIA selepas mengadap YDPA wpun larangan TIDAK BENARKAN dalam dan luar perkarangan istana 17 OGOS yang KEMARUK KUASA dan SAKIT MENTAL
MALU dengan NOMBOR2 EKOR MAJORITI yang didendangkan NUAR