KUALA LUMPUR – Sebanyak 12 lokaliti melibatkan sembilan di Sabah dan tiga di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 22 Ogos hingga 4 September ini.
Dalam pada itu, tiga kawasan di Kota Kinabalu dilanjutkan tempoh PKPD selama dua minggu lagi mulai Ahad ini dan 17 lokaliti iaitu satu di Sabah, lima di Pahang dan 11 di Perak ditamatkan bermula esok.
Menurut Ketua Pengarah Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad, keputusan melaksanakan PKPD di kawasan baru, pelanjutan tempoh dan penamatan dibuat selepas kerajaan meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19.
“Semua SOP bagi kawasan yang dikenakan PKPD adalah sama seperti yang diumumkan kerajaan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.
Berikut lokaliti PKPD;
Kampung Kulambai, Kampung Kulambai Kupang dan Kampung Ku Lambai Dundau; Kampung Labuan, Kampung AMbong Tolus dan Kampung Tuguson di Kota Belud, Sabah.
Perumahan Ladang Cantawan, Silabukan; dan Perumahan Lestari, Felda Sahabat 48 di Lahad Datu; serta Kampung Tangkuyan, Tongod, Sabah.
Di Pahang pula melibatkan Taman Balok Makmur, Kampung Seberang Sungai Ular di Mukim Sungai Karang, Kuantan dan Flat Damai Taha, Temerloh, Pahang.
Lokaliti dilanjutkan tempoh PKPD;
Bandar Sinsuran, Kota Kinabalu, Sabah; University Condominium Apartment Fasa 2 dan Rumah Murah Kepayan di Kota Kinabalu, Sabah.
Lokaliti yang tamat PKPD ialah;
Kampung Lohan 1, Ranau, Sabah; Kuala Tahan, Jerantut, Pahang; Taman Sri Layang, Mentakab; Taman Rimba, Mentakab; Taman Tualang Indah di Temerloh; dan Felda Sungai Panching Selatan, Kuantan, Pahang.
Di Perak, Taman Sri Pangkor, Rumah Murah Pangkor, Ladang Kong Heap Lee, Kampung Tengah, Flat Taman Desa Pangkor dan Taman Desa Pangkor di Pulau Pangkor, Manjung, serta Tapak Bina Horizon, Kinta.
Kampung Pemulihan Akhlak (PPA) Batu Gajah, Kinta dan Kampung Orang Asli Sungai Lah, Chenderiang, Batang Padang, Perak. – MalaysiaGazette