Warga emas yang mendapatkan suntikan vaksin pada hari pertama pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (SASMEC @IIUM), Kuantan. Foto MOHD ADZLAN, 19 JULAI 2021.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 38 peratus atau 12,408,803 populasi negara ini telah melengkapkan dos suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, demikian menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).

Jawatankuasa itu menerusi perkongsian infografik dalam Twitter rasminya memaklumkan setakat semalam juga, seramai 17,961,600 orang atau 55 peratus telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 30,370,403 dos.

Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 483,855 dos diberikan semalam dengan 155,030 adalah dos pertama manakala 328,825 merupakan dos kedua.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast