Rafael Nadal tidak akan beraksi dalam Terbuka AS akibat kecederaan kaki.Foto kredit: BBC Sprt.com/Getty Images

LONDON – Rafael Nadal tidak akan beraksi dalam Tenis Terbuka Amerika Syarikat selepas bintang Sepanyol itu mengakhiri musim 2021 akibat kecederaan pada kakinya.

Kecederaan itu mengakibatkan pemenang Grand Slam 20 kali itu terlepas aksi kejohanan Cincinnati Masters dan Terbuka Toronto minggu lalu.

Dalam pada itu juara bertahan Dominic Thiem dan juara lima kali Roger Federer juga menarik diri dari Terbuka AS tahun ini.

Nadal, 35, dalam status Instagramnya menulis secara ikhlasnya yang dia telah menderita teruk dengan kecederaan kaki selama setahun dan saya perlu berehat secukupnya untuk bangkit kuat semula.

“Saya membuat keputusan itu selepas berbincang dengan ahli keluarga, dan pasukan saya dan percaya ia akan membuka jalan untuk saya sembuh cepat.

“Saya sedia melakukan apa sahaja untuk mengembalikan semula kecergasan asal dan untuk terus bersaing di masa akan datang,” katanya.

Juara empat kali Terbuka AS itu juga tidak mengambil bahagian dalam sukan Olimpik Tokyo dan Wimbledon untuk mengambil rehat yang secukupnya.

Dia mengalami kecederaan pada kaki dalam kejohanan Terbuka Perancis Jun lalu yang mana dalam temasya itu beliau gagal mempertahankan gelarannya buat kali pertama sejak tahun 2016 yang ditewaskan dalam separuh akhir oleh Novak Djokovic.

Kejohanan Tenis Terbuka AS akan membuka tirai pada 30 Ogos ini bagaimanapun juara edisi tahun lalu tidak hadir kerana kecederaan pinggang manakala Federer pula bersiap menjalani pembedahan lutut.

Federer, Nadal kini berkongsi rekod bersama jaguh tenis nombor satu dunia, Djokovic dengan 20 gelaran Grand Slam.-BBC Sport.com

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast