Muhammad Sanusi Md Nor

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Kedah merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kesembilan.

Menteri Besarnya, Muhammad Sanusi Md Nor turut menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah atas kebijaksanaan dan kecekapan menyelesaikan konflik politik negara dalam waktu yang singkat.

“Diharapkan dengan pelantikan Perdana Menteri kesembilan ini, tiada lagi isu berbangkit mengenai keabsahan Kerajaan Persekutuan yang bakal dibentuk.

“Semua pihak diharapkan dapat menjalin permuafakatan yang jitu dengan penuh tanggungjawab untuk memberi tumpuan terhadap usaha membawa rakyat segera keluar dari krisis yang telah membelenggu kita semua selama hampir dua tahun,

“Bagi pihak Kerajaan Negeri, saya selagi merakamkan ucapkan tahniah kepada Ismail Sabri dan semoga pentadbiran baharu negara ini akan sentiasa beroleh petunjuk, keberkatan daripada Allah serta dihindari daripada musibah yang boleh menyebabkan kacau ganggu terhadap usaha menjaga kepentingan rakyat,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi juga merakamkan penghargaan kepada mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas khidmat bakti sepanjang menerajui pentadbiran negara hampir 18 bulan, terutamanya mengemudi kerajaan menangani pandemik Covid-19.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, dilaporkan berkata, pelantikan itu selepas baginda menerima surat akuan seramai 114 Ahli Dewan Rakyat sekali gus mencukupi untuk membentuk kerajaan. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. ALHAMDULILLAH…..sekarang ISUnya balik kepada MUKA mereka yang timbulkan keabsahan dan yang menyalak tidak cukup majoriti.. Menolak tawaran TSMY bulat2 tanpa berunding dulu tetapi hari ini ubah nada pada cara MUNAFIKnya…..CUKUPLAH RAKYAT tidak sanggup diKENCINGHANCINGkan oleh
    P arti K hianat R eformasi….DAPIGS dan amNANAH

    SYUKUR ALLAH LINDUNGI NEGARA DARI PIMPINAN PELIWAT/LGBT/MUNAFIKUN/GILA KUASA DAN SAKIT MENTAL

    KUALA LUMPUR: PKR bersedia dan tidak menolak untuk bekerjasama bagi pembentukan kerajaan perpaduan antara semua parti, namun, ia menuntut perbincangan lebih lanjut bersama Pakatan Harapan (PH). Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil

  2. PORT DICKSON: Pakatan Harapan (PH) sedia mengambil alih kerajaan daripada Perikatan Nasional (PN) kerana mempunyai calon sesuai sebagai Perdana Menteri selain memiliki sokongan terbesar dalam Parlimen, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim…..IGAUAN dari ILUSI

Comments are closed.