Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer ketika menghadiri sesi perbahasan di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 01 OGOS 2018
RSN Rayer

KUALA LUMPUR – Pembangkang mendedahkan kenapa parti itu menolak tawaran faedah tujuh perkara yang dijanjikan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 13 Ogos lalu.

Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer berkata, mereka rasa terguris hati kerana tawaran daripada Perdana Menteri dibuat pada saat-saat akhir apabila kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak lagi mempunyai majoriti.

Katanya, tawaran itu dibuat kerana Muhyiddin dan kerajaan PN dalam keadaan terdesak berikutan tindakan 14 ahli Parlimen  UMNO menarik balik sokongan.

“Selain itu, insiden pengkhianatan yang berlaku terhadap Pakatan Harapan (PH) seperti Langkah Sheraton juga antara perkara yang tidak boleh kita lupakan.

“Sejarah itu hanya berlaku setahun lebih yang lalu sahaja,” katanya dalam bual bicara dengan MalaysiaGazette malam tadi.

Pada 13 Ogos lalu, Muhyiddin dalam perutusan khas menawarkan saraan dan kemudahan kepada ketua pembangkang sekiranya majoriti Ahli Parlimen bersetuju dengan cadangan rentas parti dan meluluskan usul undi percaya pada sidang Parlimen akan datang.

Katanya, ia sebagai pengiktirafan kepada peranan parti pembangkang yang mempunyai jumlah perwakilan yang hampir seimbang di Dewan Rakyat jika usul undi percaya itu diluluskan.

Faedah kepada ketua pembangkang itu adalah antara tujuh perkara yang dijanjikan akan dilaksanakan oleh Muhyiddin jika undi percaya diluluskan.

Bagaimanapun, Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 16 Ogos lalu dengan menyerahkan warkah peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

RSN Rayer menyifatkan tawaran saran dan kemudahan kepada ketua pembangkang bertaraf menteri kanan itu sebagai satu sindiran yang tidak boleh terima oleh PH.

Ini kerana, katanya, PH telah mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim di tempat tinggi, iaitu layak menjadi Perdana Menteri Malaysia.

“Jadi, tawaran bertaraf menteri kanan hendak diberikan kepada Anwar itu, pada kami ia sebagai sindiran dari Muhyiddin dan kerajaan PN,” katanya.

Mengenai ada pandangan dan teguran dari penganalisis politik kononnya pembangkang bermain politik, ahli Parlimen itu meminta mereka tujukan kepada kerajaan.

Katanya, kata-kata itu wajar ditujukan kepada 14 ahli Parlimen UMNO yang menarik sokongan daripada kerajaan PN.

“Kemelut politik yang berlaku sekarang sehingga memaksa Muhyiddin meletakkan jawatan bukan berpunca dari Ahli-ahli Parlimen PH.

“Ia berpunca dari ketidaksefahaman ahli politik dalam komponen PN yang menyebabkan Muhyiddin hilang jawatan Perdana Menteri dan kerajaan PN terbubar,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Why bother putting up comments from opposition especially DAP!!! 22 months of PH or rather DAP being the government was proven to be the darkest era in the history of Malaysia in all aspects. Any government can be way better then the PH goverment.

  2. LIDAH KELING BERKATA2…GILA DAN KEMARUK ANWAR dan MAJLIS P unah H arapan menolak terus peluang TANPA ingin berunding kerana yakin dengan IGAUAN NOMBOR EKOR ANWAR…
    ANWAR boleh jadi PM di 2 tempat KHAS SG BULOH

    Peluang Bersidang pun MP2 SEPERTI BEROK2 SAKIT MENTAL…sendiri buat hal sendiri tanggung

  3. bermula TINDAKAN ANWARFIKUN dari LANGKAH KAJANG dan LANGKAH PDickson…..langkah2 KHIANAT MANDAT RAKYAT dan MANIFESTO PRU 14 yang bukan kitab suci….meleret kpd KEMARUK jadi PM timbul pula Langkah SHERATON yg muak dgn tindakan propanganda Nuar DAPIGS dan amNANAH….NAFSU BUSUK HATI terus memBARAH dengan provokasi KERAJAAN GAGAL yang akhirnya ALLAH palitkan pada kamu sendiri….INSAF DAN TAUBATLAH..suburkan politik matang yang berjuang atas nasib rakyat yang mengundi.

    suara rakyat SUARA KERAMAT…..RAKYAT BOLEH BOIKOT PRU jika pemimpin2 sentiasa bertelagah dan cacarmarba

  4. Sudah tidak berguna lagi hendak kenang. Sidang parlimen buka ramai-ramai lah YB PH undi percaya pada Muhyidin. Kalau tidak boleh lupa langkah sheraton kenapa merayu pujuk YB katak untuk kembali. Kalau di calon Shafie atau Tun rasannya tentu pembangkang menjadi Kerajaan sekarang. Kenapa hendak naik kan Anwar, kerana Anwar PH berpecah, dan kerana Anwar juga lah ramai ahli PKR melompat. Kalau parti sendiri yang kecil pun tidak boleh jaga macam mana nak jaga Negara dan rakyat.

Comments are closed.