Rodzi Md. Saad

KUALA LUMPUR – Sebanyak 11 lagi lokaliti telah dikenal pasti akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 23 Ogos ini.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md. Saad berkata, lokasi itu ialah Kampung Telemin, Mikim Gua di Lipis, Pahang yang akan dilaksanakan PKPD selama dua minggu sehingga 5 September ini.

Kata beliau turut dikenakan PKPD ialah lokaliti Penjara Pokok Sena termasuk kuarters di Kedah; Penjarah Tapah termasuk kuarters di Batang Padang, Perak; dan Pelantar Sungai Pinang Kecil di Pulau Pangkor, Perak.

Di Sabah pula katanya, melibatkan lokaliti Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mesra di Sandakan, Kampung Sulit Paitan dan Kampung Matanggal Lama di Beluran.

Turut dikenakan PKPD ialah empat taman di Tawau, Sabah iaitu Taman Thien Vun, Taman Victoria, Taman King Fook dan Kampung Kurnia Batu 4.

“Semua PKPD bagi lokaliti itu bermula pada jam 12.01 pagi 23 Ogos hingga jam 11.59 malam 5 September ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Rodzi, hanya tiga lokaliti dilanjutkan tempoh PKPD selama dua minggu sehingga 5 September ini, iaitu Kampung Orang Asli Sungai Bot, Karak, Bentong, Pahang; Taman Semarak Indah, Tawai, Sabah; dan Kampung Tanjung Kapor di Kudat.

Manakala kawasan yang ditamatkan PKPD ialah Jalan Feri Lama, Teluk Gading, Rompin, Pahang bermula esok.

Dikuti Felda Jengka 18 dan Kampung Paya Besar Kertau serta Felda Jengka 7 di Maran, Pahang yang ditamatkan awal hari ini. – MalaysiaGazette