KUALA LUMPUR – Kes positif harian baharu Covid-19 menurun lebih 2,000 hari ini dengan 19,807 kes berbanding 22,262 kes semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi laman Facebook berkata, berikutan itu jumlah kumulatif meningkat kepada 1,555,093 kes.
Selangor masih menjadi penyumbang tertinggi dengan 5,379 kes, ujarnya.
Negeri kedua tertinggi selepas Selangor adalah Sabah yang merekodkan 2,638 kes, diikuti Kedah (1,948), Sarawak (1,772), Pulau Pinang (1,501), Johor (1,391) dan Kelantan (1,196).
Negeri yang merekodkan bawah 1,000 kes ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (999), Perak (703), Pahang (598), Melaka (558), Terengganu (534), Perlis (54), Putrajaya (24) dan Labuan (4). – MalaysiaGazette