KUALA LUMPUR – Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong dilantik sebagai pengarah negeri yang baharu berkuatkuasa serta merta.
Beliau menggantikan Datuk Dr. Nor Azimi Yunus yang ditukar ke Pahang sebagai Pengarah Kesihatan negeri itu pada 23 Julai lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah ketika menyerahkan surat pelantikan itu mengucapkan tahniah dan Syabas kepada Dr. Kasemani atas kenaikan pangkat sebagai pengarah.
Dr. Kasemani adalah seorang Pakar Perubatan Kesihatan Awam yang berpengalaman luas dalam bidang kesihatan awam dan pengurusan.
Beliau pernah bertugas di Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Hospital Sultanah Nur Zahirah dan Klinik Kesihatan Kuala Telemong, Hulu Terengganu. – MalaysiaGazette