A homeless man was found dead in his car at Section 20, Shah Alam, Selangor. Insiden penemuan seorang lelaki disyaki gelandangan dalam keadaan tidak bernyawa di dalam keretanya yang dijadikan tempat tinggal di Shah Alam pagi tadi.
A homeless man was found dead in his car at Section 20, Shah Alam, Selangor. Insiden penemuan seorang lelaki disyaki gelandangan dalam keadaan tidak bernyawa di dalam keretanya yang dijadikan tempat tinggal di Shah Alam pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Insiden seorang lelaki disyaki gelandangan yang ditemui dalam keadaan tidak bernyawa dalam kereta miliknya yang dijadikan kediaman tetap mengejutkan penduduk di  kondominium di Seksyen 20, Shah Alam hari ini.

Mangsa ditemui dalam keretanya Proton Saga Aeroback yang penuh dengan barang keperluannya pada waktu pagi ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu daripada orang awam sekitar pukul 8.23 pagi.

“Polis pergi ke lokasi kejadian sebelum mendapati mangsa dalam kes ini merupakan seorang lelaki tempatan berusia 56 tahun yang disyaki gelandangan dan hanya tinggal didalam kereta sahaja.

“Siasatan mendapati mangsa dipercayai telah meninggal dunia akibat serangan jantung.

“Pemeriksaan susulan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan pembantu perubatan (MA) Hospital Klang mendapati tiada sebarang kecederaan dan unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan  hari ini.

Tambah Baharudin, kes kematian gelandangan itu telah diklasifikasikan sebagai rekod mati secara mengejut (SDR).

“Kita sudah menghantar mayat ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya,” tegasnya.-MalaysiaGazette