Akmal Nasrullah Nasir

KUALA LUMPUR – Tindakan segerombolan ahli Parlimen kerajaan yang dilihat menemani Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan lawatan ke Kedah semalam dipersoal Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Aktiviti yang didakwa melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP),  kata ketuanya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

“Kita hargai dengan peruntukan yang disalurkan bagi membaiki kerosakan dan membantu mangsa-mangsa banjir, namun lawatan beliau semalam seolah-olah tidak memahami derita dan kesengsaraan mangsa-mangsa bencana.

“Adakah benar seperti gambar tular yang menunjukkan terdapat sekumpulan ahli-ahli Parlimen UMNO seperti Pasir Salak, Padang Terap, Kuala Krau, Rompin, Lipis dan Jempol yang menaiki pesawat eksekutif bersama Perdana Menteri?” soal Akmal.

Semalam, tular beberapa keping gambar yang menunjukkan Ismail Sabri diiring beberapa ahli Parlimen semasa lawatan ke Kedah yang terjejas akibat banjir lumpur yang berpunca dari kepala air Gunung Jerai.

Akmal yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru turut berkata, aktiviti itu adalah contoh tidak baik daripada seorang Perdana Menteri.

Lebih daripada itu, Ismail Sabri sebelum ini pernah ditugaskan menyediakan serta mengumumkan SOP bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

“Selain itu, apakah keperluan didirikan sebuah billboard besar yang tertera ayat “selamat datang dan tahniah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob” atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-9 di tengah-tengah kawasan bencana?

“Adakah ini program gimik untuk beliau memperkenalkan diri kepada mangsa-mangsa bencana yang masih menanggung beban musibah bahawa beliau adalah Perdana Menteri yang baharu?” soalnya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Saman sahaja YB-YB yang tidal patuh SOP ni. Jangan salahkan PM pula kerana orang yang datang jumpa PM.

  2. Begitulah tahap pemikiran pembangkang… membangkang selagi boleh… Allah dah bagi peluang memerintah…

Comments are closed.