Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sempena bulan kemerdekaan, Vanke Malaysia telah menganjurkan kempen “Senyum Malaysia” bertujuan untuk mempromosi semangat perpaduan.

Ia juga mendorong bagi semua rakyat Malaysia menyebarkan pemikiran positif melalui senyuman terutamanya kepada wira-wira barisan hadapan yang bekerja tanpa lelah dalam memerangi wabak Covid-19, kata Pengarah Urusan Vanke Malaysia, Lang Cong.

“Vanke telah ditubuhkan di Malaysia pada empat tahun lalu dengan kempen “Hello Malaysia”, kita telah melihat keindahan perpaduan seluruh rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat.

“Namun, berlakunya pandemik global telah menimbulkan suasana suram dan banyak di antara kita menghadapi masa-masa yang mencabar hari ini. Kami melihat perlunya bersatu sebagai sebuah komuniti, saling membantu dalam mengharungi cabaran ini.

“Itulah sebabnya kami memutuskan untuk memulakan kempen “Senyum Malaysia” kali ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pengarah Urusan Vanke Malaysia, Lang Cong.

Menurut Lang, kempen berkenaan bermula dari 16 Ogos hingga 8 September ini dengan menyasarkan untuk mengumpul 1,000 foto rakyat Malaysia dengan simbol tangan Senyum Malaysia.

Selain daripada itu, katanya, siri aktiviti menarik dan hadiah tunai juga akan dianjurkan melalui platform media sosial Vanke MY bagi orang ramai.

Orang ramai boleh menyertainya dengan tiga langkah iaitu:

Langkah 1: Tekan “Suka” pada Facebook “VankeMalaysia”
Langkah 2: Ambil gambar dengan symbol tangan Senuym Malaysia (bersama topeng muka) dan hantar di Facebook / Instagram anda (pastikan profil terbuka kepada awam).
Langkah 3: Tag Vanke MY Facebook / Instagram dengan tanda pagar #SENYUMMALAYSIA # WECAREWESHARE2021 #SPREADSMILES

Dengan setiap foto yang dikumpul, Vanke Malaysia akan menderma sebanyak RM10 bagi pihak peserta kepada Mercy Malaysia sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat.

Sebagai tanda penghargaan kepada semua peserta, satu kolaj Photomosaic “Senyum Malaysia” akan dipersembahkan di laman media sosial Vanke sebagai hadiah yang bermakna pada Hari Malaysia yang akan datang.- MalaysiaGazette