Dua lelaki tempatan yang ditahan kerana ceroboh pangkalan TUDM.

KUALA LUMPUR – Dua lelaki tempatan yang dipercayai menceroboh Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuala Lumpur ditahan pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Supritendan Basri Sagoni berkata, kedua-dua suspek ini dilihat dalam keadaan yang mencurigakan di perimeter kawasan Perumahan Keluarga Angkatan Tentera.

Menurutnya, pengadu dan rakannya yang bekerja sebagai Pengawal Pangkalan Udara cuba mengejar kedua-dua suspek tetapi tidak berjaya.

Pemeriksaan lanjut di luar tembok lokasi kejadian menjumpai buah motorsikal jenis Honda EX5 dan Honda Future yang disyaki telah digunakan suspek untuk melakukan jenayah, selain bekas berisi tembaga dan kabel elektrik disyaki diambil dari dalam kawasan pangkalan udara berkenaan.

Basri berkata, polis yang berjaya menangkap dua lelaki ini, masing-masing berusia 19 dan 35 tahun itu dan merampas dua telefon bimbit pelbagai jenama dan peralatan yang digunakan oleh suspek semasa melakukan jenayah turut dijalankan.

Kedua-dua suspek bagaimanapun tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan dan kedua-dua direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Saksi awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini dikehendaki hadir ke Balai Polis berhampiran untuk memberi keterangan. – MalaysiaGazette
m