Foto hiasan

KUALA LUMPUR – Jumlah individu yang sudah divaksinasikan sehingga semalam melebihi 32.6 juta dos, menurut kenyataan dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Menurut kenyataan itu, daripada jumlah berkenaan, 18,792,979 individu menerima dos pertama dan 13,842,928 dos kedua, dengan jumlah keseluruhan 32,635,907 dos.

Sebanyak 423,380 dos vaksin telah diberikan semalam iaitu 161,386 dos pertama dan 261,994 dos kedua.

Secara keseluruhan, sebanyak 57.5 peratus daripada populasi penduduk Malaysia sudah divaksinasi dengan dos pertama, manakala 42.4 peratus lengkap dua dos.

“Jumlah individu dewasa yang sudah divaksinasi satu dos adalah 80.3 peratus dan 59.1 peratus lengkap dua dos.

“Lembah Klang yang melibatkan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya merekodkan pemberian vaksinasi tertinggi iaitu 6,775,251 dos pertama dan 5,356,312 dos kedua,” kata kenyataan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.