Allahyarhamah Elly Kasim.

KUALA LUMPUR – Penyanyi legenda Indonesia yang terkenal dengan lagu Ayam Den Lapeh, Elly Kasim Ali Umar meninggal dunia pada usia 76 tahun semalam.

Allahyarham yang terkenal dengan lagu-lagu Minang yang kebanyakan popular – meninggal dunia di rumah sakit MMC Kuningan, Jakarta selepas mengalami radang usus.

Penyanyi berdarah Minang itu dilahirkan di Sumatera Barat pada 27 September 1944.

Sepanjang berkecimpung sebagai penghibur, penyanyi kelahiran Tiku, Tanjung Mutiara di Sumatera Barat itu pernah menerbitkan sekurang-kurangnya 100 buah album solo.

Media tempatan melaporkan, berita pemergian Elly disahkan oleh ahli keluarga terdekatnya.

Selain aktif sebagai penyanyi, Allahyarham juga terkenal sebagai perancang perkahwinan khususnya yang berkaitan dengan adat dan budaya Minang di bawah syarikatnya, Elly Kasim Collection.

Pada 29 Julai 2017, Elly mempersembahkan sebuah konsert bertajuk Menjulang Bintang 57 Tahun Elly Kasim Berdendang di Teater Jakarta, Taman Ismail Marzuki.

Konsert dikendalikan Pengarah Muzik Hendri Lamiri itu dihadiri ramai rakan artis popular seperti Titiek Puspa dan Judika.

Suami Elly yang juga seorang seniman berdarah Minang, Nasif Bazir meninggal dunia pada tahun lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast