Dadah yang dirampas dari empat suspek di Jalan Ritchie Off Jalan Ampang baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Hasil risikan selama dua minggu satu sindiket dadah yang aktif di kawasan Lembah Klang, polis berjaya menangkap tiga lelaki dan seorang wanita dalam operasi di kawasan Jalan Ritchie Off Jalan Ampang.

Pada serbuan pertama yang telah dijalankan di tempat letak kereta pada 24 Ogos lalu, polis menjumpai dadah jenis Methamphetamine kira-kira 66.30 gm dan Pil erimin 5 dalam anggaran 13.70 gm (50 biji) di dalam beg dipegang seorang suspek dan wang tunai RM720.

Hasil soal siasat yang telah dijalankan, polis melancarkan serbuan kedua dan diambil dan serbuan kedua telah berjaya menahan tiga suspek di sebuah rumah di Jalan Ritchie Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur serta merampas dadah jenis Methamphetamine (954 gm), Ganja (376 gm) dan Pil erimin 5 (274 gm) (1,000 biji), juga wang tunai berjumlah RM300.

Hasil siasatan awal, pihak polis mendapati premis tersebut dijadikan sebagai tempat penyimpanan dadah dan disewa selama tiga bulan oleh salah seorang suspek dengan bayaran sewa RM2,800 sebulan.

Ujian urin, keempat-empat suspek didapati positif dadah Methamphetamine serta mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari hari hingga 31 Ogos ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Supritendan Mohd Shokri Abdullah berkata, fengan tangkapan ini, polis berjaya menumpaskan kegiatan
pengedaran dadah yang didalangi oleh warga tempatan yang dikesan aktif selama tiga bulan di sekitar Lembah Klang.

Katanya, nilai rampasan dadah berjumlah RM57,630 dan wang tunai RM1,020.

Jumlah keseluruhan rampasan dadah tersebut mampu menampung penggunaan seramai 3,842 orang pengguna dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan. – MalaysiaGazette