worst scenario new Variant of Concern VOC Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah at a news conference on the Covid-19 updates in the country. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette / 08 MAY 2021. Covid-19 new daily cases
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 339 kes kematian berkaitan Covid-19 yang  dicatatkan hari ini, kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua Pengarah Kesihatan berkata, jumlah itu melibatkan 103 kes di Selangor, 41 kes di Sabah, 40 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 38 kes di Pulau Pinang, 37 kes di Johor dan 20 kes di Kedah.

Jelas beliau, sebanyak 15 kes pula direkod di Perak, 13 kes di Negeri Sembilan, masing-masing lapan kes di Kelantan dan Pahang, enam kes di Melaka, lima kes di Terengganu,
tiga  kes di Sarawak serta dua kes di Perlis.

“Kementerian Kesihatan Malaysia turut mengenal pasti 28 kluster baharu yang menjadikan jumlah kluster aktif sebanyak 1,467 kluster.

“Kes sembuh pula yang dilaporkan adalah 21,877 kes manakala  982 kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) serta 470 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr. Noor Hisham menambah, daripada 22,070 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 412 kes atau 1.9 peratus adalah daripada kategori 3, 4 dan 5.

Jelas beliau, sebanyak 21,658 kes atau 98.1 peratus lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa Covid-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

“Secara keseluruhan, 17,029 kes atau 77.2 peratus daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi,” katanya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Covid-19: 22, 070 kes baharu, Selangor kekal tertinggi