Seorang penunggang motosikal maut setelah terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 58, Jalan Jementah - Muar kira-kira pukul 2.30 petang semalam.

KUALA LUMPUR – Waspada sindiket penipuan dalam talian penjualan minyak ‘precatoria’ yang didakwa mampu menghasilkan vaksin Covid-19 dalam pasaran negara ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Komisioner Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, setakat ini pihak polis telah menerima lima aduan mangsa yang diperdaya sindiket penipuan itu.

“Kesemua lima laporan polis yang diterima itu melibatkan mangsa mengalami kerugian berjumlah RM128,498,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Kamarudin siasatan mendapati modus operandi sindiket itu adalah dengan menghantar email kepada syarikat yang disasarkan dan menawarkan penjualan minyak ‘precatoria’ kepada syarikat tersebut.

Menurutnya, mana-mana syarikat yang berminat kemudiannya·diminta untuk membuat pembayaran ke dalam akaun yang diberikan (akaun keldai) bagi tujuan membeli sampel bahan organik untuk menghasilkan vaksin Covid-19.

Bagaimanapun katanya, selepas melakukan pembayaran, mangsa tidak menerima sebarang sampel yang dijanjikan dan sindiket itu kemudiannya gagal dihubungi mangsa.

“Dalam usaha menangani Covid-19, pihak polis tidak menolak kemungkinan terdapat sindiket penipuan yang cuba untuk menangguk di air keruh dengan menjadikan isu-isu berkaitan Covid-19 sebagai modal untuk meraih keuntungan.

“Justeru, pihak polis menasihati orang ramai untuk sentiasa berhatl-hati dan berwaspada berkenaan perkara-perkara sebegini.

Pihak polis juga menggesa orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat mengenai penipuan penjualan bahan-bahan organik dalam menghasilkan vaksin Covid-19 agar tindakan segera dapat diambil,” tegasnya. – MalaysiaGazette