khairuddin
Mohd Khairuddin Aman Razali

KUALA LUMPUR – Bekas menteri, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali  yang digugurkan daripada menganggotai barisan Kabinet di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucap tahniah kepada penggantinya.

Mohd. Khairuddin yang sebelum ini Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi digantikan oleh Datuk  Zuraida Kamaruddin.

“Tahniah kepada barisan Menteri dan Timbalan Menteri yang baru. Tahniah juga kepada YB Senator Ustaz Idris Ahmad sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan YB Dr Nik Zawawi Saleh sebagai Timbalan Menteri Pertanian.
“Tahniah juga kepada YB Datuk Zuraida Kamaruddin yang mengambil alih tugasan di Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
“Moga negara lebih maju dan jaya di bawah barisan Kabinet baru diterajui YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, sebentar tadi.
Sementara itu, selain Mohd. Khairuddin, menteri lain yang digugurkan adakah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad yang sebelum ini merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Datuk Seri Mohd. Redzuan Md Yusof yang bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) dan diganti oleh bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast