Peranan hospital pengajar universiti (HPU) di negara ini semakin diiktiraf dalam membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membendung penularan pandemik Covid-19.

Hospital Universiti Teknologi MARA (HUiTM) di Sungai Buloh dan Puncak Alam antara HPU yang dilengkapi pelbagai kemudahan canggih dan bertaraf antarabangsa termasuk makmal khusus untuk menjalankan kajian mengenai Covid-19.

Selain itu, HUiTM di Puncak Alam turut menjadi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega bagi membantu mempercepatkan proses pemberian vaksin kepada rakyat Malaysia.