Maldives kini sudah menerima kemasukan pelancong asing. foto Reuters

MALE – Ketibaan pelancong di Maldives pada bulan ini melepasi angka pra-pandemik bagi bulan yang sama tahun 2019, menurut laporan media yang memetik kenyataan menteri pelancongan.

Data kementerian itu menunjukkan Maldives menerima 120,529 pelancong dari 1 Ogos hingga 25 Ogos berbanding 120,341 ketibaan pelancong dalam bulan Ogos 2019 sebelum dunia dilanda Covid-19.

Data juga menunjukkan ketibaan pelancong adalah 18 peratus lebih tinggi berbanding pada bulan Julai.

Rusia merupakan sumber utama pelancong setakat tahun ini dengan jumlah 157, 876, diikuti India (146, 206) dan Jerman (42, 078).

Sektor pelancongan adalah salah satu pendapatan utama Maldives, yang terjejas teruk sejak pandemik Covid-19 melanda pada tahun 2020. – Xinhua

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast