TMJ Educity PPV vaccination shortage Crown Prince of Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Crown Prince of Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim
JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Ibrahim akan berhubung dengan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berhubung kekurangan vaksin dan laporan tentang pembatalan temu janji vaksinasi.

Kenyataan itu dikeluarkan TMJ selepas tular kenyataan seorang lelaki bernama Muhammad Shafiq Mohd Shafiai yang berang apabila temu janji vaksinasi suntikan Covid-19 dos pertamanya dibatalkan.

Menurut lelaki itu, temuj janji yang diterimanya semalam dibatalkan dengan alasan kehabisan dos.
Dalam tulisannya itu, lelaki berkenaan memaklumkanĀ  pemberian suntikan vaksin hanya dilakukan untuk individu yang menerima dos ke sua sahaja.
Difahamkan kejadian berlaku di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Educity Sports Complex, Nusa Jaya di sini semalam kira-kira 2.30 petang.
Sementara itu, Tunku Ismail juga menitahkan Menteri Besar Johor,Datuk Hasni Mohammad, Setiausaha Kerajaan,Datuk Azmi Rohani danĀ  Pengarah Kesihatan,Datuk Dr Rabu Aman agar mengadap baginda hari ini.
“Saya juga akan bangkitkan mengenai isu PPV Educity dan program vaksinasi untuk pekerja-pekerja kilang pada mesyuarat esok,” titah baginda menerusi laman Facebook rasmi malam tadi.-MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Sebab itu negara ini perlu menteri kabinet, kalau harap kat KSU sahaja semua program negara terencat. Contoh bekalan vaksin pun tergendala. Harap lepas ini janganlah ada YB perosak-perosak untuk mengkucar kacirkan lagi negara. Sekejap sokong sekejap tak sokong, sekejap gagal sekejap tak gagal. Pening rakyat tengok YB-YB macam ini.

  2. ya Rakyat akan gunakan suara KERAMAT….pru 15 BOIKOT NANTI
    Berkatalah ANWRARFIKUN dan sekutunya….tiada keabsahan dan majoriti mesti letak jawatan…kami ada NOMBOR EKOR BESAR 105 ++ TETAPI nombor 92 yg wujud….kami dgn yakin akur kebijaksanaan YDPA lantik PM dan perkenan kabinetnya….kami tidak akan perSULITKAN Ismail Sabri
    akhirnya terserlah MUNAFIKUN mereka lagi…menolak kabinet yang DIPERKENAN YDPA dgn alasan kitar semula /kabinet gagal/kabinet tayar celup.
    Parlimen mesti bersidang..bila bersidang mereka bertukar jadi BEROK2….Tawaran TSMY adalah sangat menghinakan kami dan rasuahhh…tetapi hari ini sanggup JILAT KENCING MUNTAH mereka sendiri SUPAYA tawaran itu dilaksanakan

Comments are closed.