Seorang lelaki meninggal dunia selepas mengalami kecederaan serius akibat terkena taji ayam miliknya di sini semalam.- Pix Getty Images- Gambar hiasan.

BINTULU – Seorang lelaki meninggal dunia selepas mengalami kecederaan serius akibat terkena taji ayam miliknya di sini semalam.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 2 petang semasa aktiviti sabung ayam di sebuah ladang sawit persendirian di KM34, Jalan Bintulu-Miri dekat sini.

“Semasa melakukan aktiviti sabung ayam di tempat tersebut, seorang pemain telah diserang oleh seekor ayam miliknya sendiri dan telah terkena taji ayam yang dipasang pada kaki ayam tersebut menyebabkan dia mengalami luka di bahagian kaki dan pendarahan yang banyak.

“Lelaki yang berusia 42 tahun itu disahkan meninggal dunia semasa berada di Hospital Bintulu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Datuk Aidi Ismail

Menurutnya, susulan daripada itu Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu telah membuat tangkapan terhadap enam suspek yang disyaki terlibat dalam kes terbabit.

Kes disiasat di bawah Seksyen 3(1) Langkah-Langkah Pencegahan dan Penganiayaan Terhadap Binatang 1952/Seksyen 269 Kanun Keseksaan selain disiasat di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast