PDRM logo police lockup death Benedict Thanilas
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis Daerah Bentong sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mendapatkan kesahihan dakwaan ejen menawarkan slot vaksin Covid-19 kepada warga asing dengan kadar bayaran sebanyak RM100 hingga RM380.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supritenden Zaiham Mohd Khar berkata, laporan polis telah dibuat oleh seorang wanita warganegara tempatan berusia 31 tahun .

Wanita ini merupakan wakil daripada sebuah parti politik.

“Pihak polis mengesahkan telah menerima laporan polis tersebut dan hanya satu laporan polis setakat ini,” katanya dalam kenyataan di sini.

Oleh itu beliau meminta mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat penjualan vaksin Covid-19 seperti yang didakwa agar menghubungi talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis yang berdekatan. – MalaysiaGazette