KUALA LUMPUR – Sebanyak 22 lagi kluster baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 11 daripadanya adalah kluster tempat kerja, lapan jangkitan komuniti, dua golongan berisiko tinggi dan satu dari pusat tahanan.
Katanya, kluster-kluster tersebut dikesan di Kelantan, Sabah, Johor, Pahang, Terengganu, Selangor dan Kedah.
Menurut Dr. Noor Hisham lagi, sebanyak 1,475 kluster lagi dikesan masih aktif.
Bagaimanapun katanya, sehingga kini sebanyak 3,256 kluster telahpun ditamatkan sejak jangkitan menular di negara ini. – MalaysiaGazette