Datuk Seri Jalaluddin Alias

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan sedih dan kecewa dengan tragedi pencemaran air dan bau yang berkali-kali berlaku di sungai-sungai utama.

Datuk Seri Jalaluddin Alias berharap penduduk dan pengguna sekitar Presint 1 hingga Presint 20 dan Taman Botani di Putrajaya bersabar dengan berita itu.

“Saya berharap Air Selangor dapat segerakan langkah-langkah kotigensi untuk membekalkan kemudahan air bersih segera kepada para pengguna dan penduduk yang menerima derita ini.

“Para penduduk Wilayah Persekutuan adalah keutamaan saya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kejadian henti tugas Loji Air Rawatan Sungai Semenyih, berikutan pencemaran air mentah di muka sauk Jenderam Hilir yang turut memberi kesan kepada penduduk di 23 kawasan dalam Wilayah Persekutuan.

Justeru, menurut Jalaluddin, hal-hal sebegini melibatkan kebajikan dan kemudahan asas hidup tidak boleh dikompromi atau dibuat main-main.

“Semoga para penduduk Wilayah Persekutuan tidak perlu menunggu lama disebabkan perkara ini,” katanya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Henti tugas LRA Sungai Semenyih akibat pencemaran di muka sauk

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast