Atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli.

KUALA LUMPUR – “Kepada Ziyad, anda tetap juara di hati kami!

itu kata-kata semangat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli.

Menurut beliau, Ziyad telah memecahkan rekod dunia dan ia satu pencapaian luar biasa.

“Saya dan Keluarga Malaysia sangat berbangga dengan anda! Sama-samalah kita berdoa agar kemenangan pingat emas kekal ditangan Malaysia,” katanya dalam hantaran media sosialnya malam ini.

Sebelum itu, pingat emas yang dimenangi atlet lontar negara, Muhammad Ziyad Zolkefli di Paralimpik Tokyo hari ini ditarik semula selepas terdapat protes daripada peserta Ukraine.

Peserta Ukraine mendakwa, Muhammad Ziyad lewat memasuki call room yang mana telah melanggar peraturan.

Sementara itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, proses bantahan sedang dilakukan di Tokyo.

“Sekiranya keputusan tersebut tidak memihak kepada Malaysia, Australia dan Equador, kontinjen Malaysia akan memfailkan rayuan dalam mesyuarat CDM yang dijadualkan esok pagi,” katanya dalam hantaran media sosialnya malam ini.

Sementara itu, katanya, keputusan pertandingan masih kekal seperti asal dan difahamkan bahawa majlis penyampaian hadiah turut ditangguhkan sehingga keputusan muktamad mengenai rayuan tersebut diputuskan.

Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga menganggap apa yang berlaku kepada Ziyad satu ketidakadilan.

“Medan perang atlet-atlet di gelanggang. Kebolehan dan prestasi mereka ditentukan di sana. Bukan kat call room.

“Atlet-atlet berlatih setiap hari untuk bersaing dan meraih pencapaian di kejohanan-kejohanan. Ada yang hanya diadakan beberapa tahun sekali. Ini sukan. Bukan ujian SOP. Tak adil langsung,”  katanya melalui hantaran media sosialnya malam ini.

Dua bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican  juga menyatakan rasa tidak puas hati terhadap apa yang berlaku kepada Ziyad di Tokyo.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. sinonim dengan komen2 pembangkang….Ini semua salah Najib dan salah Kerajaan Gagal….hanya YANG terbaik dan sesuci Pembangkang

Comments are closed.