Datuk Seri Najib Razak Finance Minister i-Citra withdrawal limit
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta untuk memulihkan semula keyakinan rakyat untuk keluar rumah dan berbelanja semua.

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, rakyat tidak rasa selamat untuk berjalan-jalan dan makan di luar rumah selagi angka kes Covid-19 masih tinggi biarpun kelonggaran untuk makan di dalam restoran telah lama diberikan.

“Pulihkan kemampuan Rakyat untuk berbelanja dengan menaikkan semula kitaran wang tunai bagi ekonomi tempatan – iaitu putting money into people’s hands,” katanya.

Terdahulu dalam hantarannya di Facebook, Najib mengulas penutupan food court di tingkat 4 KLCC mulai hari ini.

Katanya, jika food court yang popular sejak 22 tahun pun terpaksa berhenti operasi, apakah pula nasib warung dan restoran biasa.

Lantaran itu, beliau berharap dan percaya langkah-langkah baharu kerajaan akan diumum tidak lama lagi bagi menepati kedua-dua keperluan ini. – MalaysiaGazette