Former Minister of Federal Territories, Tan Sri Annuar Musa at a news conference after flagging off the Rumah Prihatin flash flood humanity mission.
Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan membentangkan mekanisme yang sesuai sebagai usaha memastikan pendukung industri kreatif dapat diteruskan ketika negara masih melaksanakan Perintah kawalan Pergerakan (PKP).

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau sedar dan faham, ejak PKP dilaksanakan para pendukung industri kreatif telah kehilangan sumber pendapatan yang turut menyumbangkan kepada ekonomi negara.

“Kita sedar mereka ini sudah begitu lama terkesan dengan pelaksanaan PKP.

“Tiba masanya kita akan bentang mekanisme yang sesuai kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk segera pertimbangkan kelonggaran dengan SOP tertentu.

“Kelonggaran ini khasnya kepada mereka yang sudah menerima dua dos lengkap vaksin Covid-19,” katanya menerusi ciapan Twitternya, hari ini.

Annuar yang baru mengambil-alih portfolio KKMM juga berharap akan ada berita baik untuk pendukung industri kreatif tidak lama lagi.

Katanya, industri kreatif merupakan salah satu sumber penting dalam pertumbuhan ekonomi dan percambahan budaya bagi negara maju.

Untuk itu, kerajaan menyedari rakyat mampu menjadikan industri kreatif sebagai sumber pekerjaan dan pendapatan negara, seterusnya mencapai sasaran ekonomi negara berpendapatan tinggi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast