Dr. Siti Mariah Mahmud

KUALA LUMPUR – Orang ramai diminta supaya berhenti menyebarkan berita lama mengenai bantuan RM1,000 kepada pesakit atau waris Covid-19 di Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam Negeri Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, penularan berita bertarikh 22 Julai 2020 itu menyebabkan seorang lelaki datang ke pejabatnya untuk bertanyakan mengenai bantuan berkenaan.

“Kami beritahu bantuan yang dinyatakan dalam berita di atas ialah bantuan pada tahun 2020 dan sudah pun ditutup hujung Disember 2020.

“Jika anda nampak mesej tular tentang berita ini, mohon jangan di ‘forward’ ke individu atau ‘group’ lain,” katanya menerusi hantaran Facebook.

Menurut Siti Mariah, bantuan tersebut telah digantikan dengan bantuan khairat kematian RM1,000 kepada waris mangsa Covid-19 yang boleh dimohon melalui www.selangorprihatin.com.

Pada tahun lalu pesakit Covid-19 menerima bantuan RM1,000 tetapi kini waris menerima jumlah yang sama bagi khairat kematian.

Bantuan untuk pesakit diumumkan dalam pakej Selangor Prihatin fasa satu yang sudah tamat tempoh permohonan tetapi pakej Kita Selangor 2.0 mengekalkan jumlah itu kepada keluarga. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast