KUALA LUMPUR – Sebanyak 31 lagi kluster baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu.
Sebanyak 17 daripadanya membabitkan tempat kerja, sembilan kluster komuniti, empat membabitkan kumpulan berisiko tinggi serta baki satu lagi berkaitan sektor pendidikan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Katanya, kluster-kluster itu dikesan di Johor, Melaka, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Sarawak dan Sabah.
Perincian kluster-kluster seperti berikut:
* Kluster Tapak Bina Kota Bayuemas (Klang dan Petaling) dengan 83 kes.
* Kluster Industri Jalan Labohan Dagang-Nilai (Kuala Langat dan Klang) dengan 64 kes.
* Kluster Bagan Parit Baru (Sabak Bernam) dengan 21 kes.
* Kluster Industri Taman Alam Jaya 2/5 (Kuala Selangor dan Petaling) dengan 18 kes.
* Kluster Jalan Kilang Pending (Kuching) dengan 70 kes.
* Kluster Jalan Usaha Jaya Dua (Kuching dan Asajaya) dengan 41 kes.
* Kluster Industri Jalan Semeba (Kuching) dengan 32 kes.
* Kluster Jalan Bintulu – Bakun (Bintulu) dengan 19 kes.
* Kluster Perusahaan Valdor 12 (Seberang Perai Selatan) dengan 40 kes.
* Kluster Jelawat Lapan Seberang Jaya (Seberang Perai Tengah) dengan 33 kes.
* Kluster Industri Lorong Perusahaan 8C (Seberang Perai Tengah) dengan 18 kes.
* Kluster Industri Jalan Batu Berendam (Melaka Tengah) dengan 62 kes.
* Kluster Taman Perindustrian Batu Berendam (Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah) dengan 36 kes.
* Kluster Jalan 1/44 Padang Tembak (Kota Bharu) dengan 14 kes.
* Kluster Tapak Bina Datin Halimah (Johor Bahru) dengan 223 kes.
* Kluster Cyber 14 (Kulai) dengan 14 kes.
* Kluster Perniagaan Jalan Kempas Lima (Kota Tinggi) dengan 5 kes.
* Kluster Maxbi Libai (Subis) dengan 93 kes.
* Kluster Kampung Dangak (Kuching) dengan 19 kes.
* Kluster Kampung Baru Lipis (Lipis) dengan 18 kes.
* Kluster Jalan Seterpa Kampung Parit (Kota Bharu) dengan 14 kes.
* Kluster Jalan Jati Penawar (Kota Tinggi) dengan 12 kes.
* Kluster Kampung Merkang (Pasir Puteh) dengan 12 kes.
* Kluster Kampung Bukit Tandak (Pasir Mas) dengan 12 kes.
* Kluster Kampung Banggol Kemian Hilir (Pasir Mas) dengan 9 kes.
* Kluster Kampung Kubang Panjang Hulu (Pasir Mas) dengan 9 kes.
* Kluster Jalan Mariamah Lima (Johor Bahru) dengan 43 kes.
* Kluster Jalan Sentral 28 (Johor Bahru) dengan 11 kes.
* Kluster Jalan Pinang Gelugor (Timur Laut dan Seberang Perai Selatan) dengan 11 kes.
* Kluster Jalan Seroja Saujana Utama (Kuala Selangor) dengan 48 kes.
* Kluster Jalan Pahlawan (Kota Kinabalu dan Penampang) dengan 45 kes.
Dalam pada itu Noor Hisham berkata, sebanyak 4,804 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 1,488 daripadanya kluster aktif dan 3,316 kluster lagi sudah tamat. – MalaysiaGazette