Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Polis sedang mengesan seorang suspek yang melakukan ugutan jenayah terhadap seorang wanita untuk menyimbah asid dan membakar rumahnya melalui nota di dalam bungkusan kurier yang dikirimkan ke sebuah alamat di Kampung Saim, Klang dekat sini, Isnin lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara Supt Mohd Khairi Shafie berkata suspek melalui nota ugutan turut mengunggut untuk mencederakan mangsa, keluarga serta kawan-kawannya selain mengirim objek berbentuk tangan dengan kesan cecair merah bersama-sama bungkusan itu.

Katanya pengadu berusia 29 tahun dan bekerja sebagai jurujual di kedai emas itu juga mendakwa beliau turut menerima mesej berbaur lucah dan ugutan menerusi aplikasi WhatsApp yang dari nombor yang tidak dikenali, pada keesokan harinya.

“Pihak polis kini membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan telah memanggil pengadu untuk dirakamkan keterangan serta sedang mengesan pengirim bungkusan dan pemilik nombor telefon bimbit yang terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, polis menasihatkan orang ramai supaya menghentikan perbuatan yang tidak bermoral ini serta menyalahi undang-undang yang boleh mendatangkan kegusaran terhadap masyarakat.

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast