Parawati Korde

KUANTAN – Meskipun belum memiliki taraf warganegara Malaysia namun wanita ini memilih untuk menyumbang bakti buat  dengan tugasnya memandikan jenazah kerana menyedari tanggungjawab sebagai umat Islam.

Parawati Korde, 36, sanggup meneruskan kerjaya sebagai jurumandi jenazah wanita Islam walaupun mendepani pelbagai risiko semasa musim pandemik Covid-19.

Baginya, memandikan jenazah kaum muslimah merupakan satu tanggungjawab fardu kifayah dan melakukan pekerjaan  itu dengan hati yang ikhlas.

ARTIKEL BERKAITAN :

Jenazah tentera mati lemas dibedah siasat sebelum dituntut keluarga

Pahang tanggung kos pengurusan jenazah Covid-19

Saat-Saat Bapa Urus ‘Perjalanan Akhir’ Jenazah Anak Berusia 32 Minggu #COVID19

Beliau yang telah berkahwin dengan suaminya seorang warga tempatan sudah bermaustautin selama 18 tahun di negara ini  menganggap kerjayanya memerlukan kesabaran serta keberanian.

“Sudah empat tahun melibatkan diri dalam menguruskan dan memandikan jenazah wanita, saya melakukan kerja fardu kifayah ini dengan rela dan seikhlas hati.

“Saya tidak pernah menolak untuk memandikan jenazah dalam apa jenis keadaan tanpa mengira waktu, sentiasa bersedia untuk membantu.

“Walaupun saya buka warganegara, saya bersyukur mencari rezeki dan membantu rakyat Malaysia dengan menganggap cara ini sebagai jihad.

Beliau berasal dari Narathiwat, Thailand itu menuntut ilmu pengurusan jenzah oleh ibu mertuanya dan berpendapat setiap umat Islam perlu menuntut ilmu tersebut bagi membantu ahli keluarga dan masyarakat.

Mengakui pelbagai cabaran yang dilaluinya semasa menguruskan jenazah namun sifat putus asa tiada dalam dirinya menjadikannya semakin cekap menjalankan tugas.

“Kalau kita belajar pengurusan dan memandikan jenazah ini dapat membantu kita memandikan ahli keluarga sendiri selain daripada membantu sesama Islam.

“Sangat mencabar dalam keadaan sekarang dan berharap mendapat suntikan vaksin dengan cepat supaya dapat melindungi keselamatan diri.

“Tak rugi ilmu seperti ini, kita dapat kedua-duanya sekali iaitu dunia dan akhirat”. – MalaysiaGazette