Hasni Mohammad

JOHOR BAHRU – Sejumlah 50 peratus penduduk dewasa di negeri ini sudah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19, semalam.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, berkata, momentum vaksinasi ini perlu diteruskan bagi mencapai imuniti kelompok.
Katanya lagi, pencapaian program vaksinasi di Johor membanggakan.
“Alhamdulillah, sebanyak 50 peratus penduduk negeri ini sudah lengkap menerima dua dos vaksin semalam. Ini adalah momentum yang bagus untuk Johor,” katanya menerusi akaun Twitter rasminya, hari ini.
Hasni turut berkongsi statistik Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) yang memaparkan 50 peratus populasi Johor sudah lengkap mendapat dua doa vaksin, manakala 81 peratus penduduk negeri itu sudah mendapat satu dos vaksin, semalam.
Semalam, Hasni dilaporkan berkata, Johor dijangka beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada minggu ini apabila dijangka menerima 1.9 juta lagi dos vaksin Covid-19.
Hasni berkata, dengan 1.9 juta dos vaksin itu, Johor boleh mencapai 100 peratus dos pertama pada hujung bulan ini dan lengkap dua dos pada bulan depan.
Minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dilapor mengarahkan kadar vaksinasi di enam negeri termasuk Johor ditingkatkan melebihi 50 peratus menjelang hujung bulan depan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast