A. Kadir Jasin

KUALA LUMPUR – “Adakah perlu kita menggaji Duta Khas bertaraf menteri sedangkan kita sudah ada ramai menteri dan diplomat profesional sebagai duta dan pesuruhjaya tinggi?,” soal Datuk A. Kadir Jasin.

Beliau mempersoalkan lantikan semula Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas ke Asia Tengah; Datuk Seri Tiong King Seng sebagai Duta Khas ke China dan Datuk Sri Richard Riot sebagai Duta Khas ke Asia Timur.

Abdul Hadi merupakan Presiden Pas sementara Tiong King Seng ialah Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) manakala Richard Riot pula Timbalan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak.

Tanya beliau lagi, apakah sebenarnya tugas dan penunjuk prestasi utama (KPI) mereka ini selain memberi undi kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Soal beliau, apakah sumbangan mereka setakat ini yang boleh disenaraikan sebagai berbaloi dengan gaji dan pelbagai kemudahan yang mereka nikmati.

Malah, wartawan veteran itu turut mempersoalkan berapa banyakkah duit cukai rakyat yang dibelanjakan bagi keselesaan setiap seorang daripada mereka setiap tahun

”Kalau Parlimen Malaysia benar-benar melaksanakan peranan semak-imbang bagi pihak negara dan rakyat jelata, inilah antara soalan yang wajib ditanya dan dijawab,” ujarnya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. kadir jjasin IRIHATI dan dengki sebab dia bersama ketiak Tun M dlm masa 22Bulan TIADA JAWATAN apa2 …hanya jadi jurucakap…..Azalina boleh usulkan kadir jasin dan fuad jakarshi sebagai Speaker Dewan Rakyat…sesuai dengan kehebatan mereka di luar dewan

  2. “Kita semua tahu harga minyak kelapa sawit telah naik, itu hasil ‘follow up’ dari pertemuan ini dan termasuk dalam soal pendidikan di Mesir, Jordan dan lain-lain.

    “Ini termasuk juga kerjasama membantu rakyat Palestin, membantu dengan lancar. Jadi, kerja telah dibuat, menyambung kerja sayalah,…..

    kadir jasin apa sumbangan anda bawah ketiak mahathir dan selepasnya….cukup utk MEMBODEK Dan FITNAHHH

Comments are closed.