KUALA LUMPUR – Tanpa pengorbanan oleh barisan hadapan atau ‘frontliners’ dalam membendung dan memerangi pandemik tidak mungkin kita dapat bertahan sehingga ke hari ini.

Mengambil kira sumbangan serta jasa golongan ini, Mara Corporation mengambil inisiatif menyalurkan sumbangan kepada petugas barisan hadapan di sekatan jalan raya (SJR) sempena Hari Kebangsaan.

Bertemakan ‘Malaysia Prihatin’, bukan sahaja pek makanan diberikan sebaliknya kit keselamatan turut disumbangkan kepada golongan ini.

Pengarah Bahagian Pentadbiran Korporatnya, Mohd. Firdaus Zubir berkata, sumbangan tersebut diberikan sebagai tanda penghargaan kepada petugas dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat.

“Pek MC Prihatin diedarkan kepada petugas barisan hadapan negara di beberapa lokasi SJR sebagai tanda penghargaan Mara Corporation terhadap pengorbanan mereka.

“Pek yang dilengkapi dengan set hidangan beserta  set sanitasi nano mist dan pelitup muka dapat digunakan petugas terlibat sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast