Isham Jalil

KUALA LUMPUR – Jika kerajaan hari ini mengikut perangai kerajaan sebelum ini dan dasar-dasarnya juga tidak berubah, sudah pasti UMNO akan dipersalahkan.

Ketua Penerangan BN Selangor, Isham Jalil berkata, sudah pasti UMNO akan terkena getahnya apabila setiap perkara tidak dibuat dengan betul.

“Lebih penting lagi rakyat yang akan menanggung kesannya.

“Jika kerajaan hari ini tidak ubah dasar-dasarnya kepada yang lebih baik, saya akan terus tegur,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya.

Beliau berkata, kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak akan mengambil mudah maklum balas rakyat termasuk akar umbi UMNO.

“Kerajaan hari ini adalah lebih kurang sama kandungannya dengan kerajaan gagal sebelum ini, hanya perdana menteri sahaja yang bertukar.

“Sebelum ini saya pernah kata, untuk ubah dasar kita perlu ubah pembuat dasar.

“Kini pembuat dasar tidak banyak berubah, oleh itu bolehkah diharap yang dasar-dasar akan berubah?,” katanya lagi.

Jelasnya, tidak ada apa yang mampu dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas kegagalan 17 bulan menperdana menteri sebelum ini.

“Kerana gagal menangani krisis Covid-19, maka beliau ditukar,” katanya lagi.

Semalam, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali mengumumkan Muhyiddin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) bertaraf menteri.

Pelantikan itu telah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata, pelantikan ini juga atas dasar kepercayaan kerajaan terhadap kemampuan Muhyiddin untuk menerajui strategi pemulihan negara demi mencapai impak ekonomi terbaik dan memulihkan semula kehidupan rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

Menurut Mohd Zuki, kerajaan mengucapkan tahniah kepada Muhyiddin atas pelantikan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Jika kerajaan hari ini mengikut perangai kerajaan sebelum ini dan dasar-dasarnya juga tidak berubah, sudah pasti UMNO akan dipersalahkan….BETUL tu terima Hakikat….SEBAB sekarang di bawah KETIAK ZAHID HAMIDI dan Bayangan 15 ORANG yang tarik sokongan.

Comments are closed.