Wan Anwar Wan Ibrahim

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (AMANAH) Selangor hairan apabila seorang bekas perdana menteri yang telah ternyata gagal dan ditolak boleh dilantik semula sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) bertaraf menteri.

Pengarah Komunikasinya, Wan Anwar Wan Ibrahim berpendapat pelantikan itu telah mengesahkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hanyalah semata-mata boneka kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sahaja.

“Saya mengambil maklum bahawa bekas Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin telah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) bertaraf Menteri.

“Saya merasa hairan bagaimana seorang bekas Perdana Menteri yang telah ternyata gagal dan ditolak boleh dilantik semula malah diberikan tanggungjawab menggalas peranan yang sama iaitu membawa negara keluar daripada pandemik Covid-19.

“Maka saya berpandangan bahawa pelantikan ini telah mengesahkan bahawa Perdana Menteri kesembilan Datuk Ismail Sabri Yaakob sebenarnya hanyalah semata-mata boneka kepada Tan Sri Mahiaddin sahaja.

“Oleh hal yang demikian, saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia supaya membuat pilihan terbaik dalam pilihanraya umum akan datang kerana kerajaan gabungan Perikatan Nasional 2.0 hari ini ternyata sekali lagi gagal untuk memahami nurani rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – MalaysiaGazette

 

1 Komen

  1. patutnya pankhianat DAN P arti K hianat R eformasi fikirkan kegilaan apa yang masih mendewakan calon PM kitar semula ANWAR dgn penipuan NOMBOR2 EKOR kepada YDPA dan rakyat

    GAGAL setelah berusaha LEBIH MULIA daripada GAGAL TANPA USAHA IDEA DAN SOLUSI

Comments are closed.