worst scenario new Variant of Concern VOC Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah at a news conference on the Covid-19 updates in the country. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette / 08 MAY 2021. Covid-19 new daily cases
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 lagi kluster baharu Covid-19 dikesan hari ini.

Manakala 16 daripadanya mewakili kluster di tempat kerja yang dikesan di seluruh negara, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Katanya, 30 kluster terbaharu itu menyaksikan secara keseluruhannya sebanyak 4,921 dilaporkan di dalam negara setakat ini.

“Daripada jumlah tersebut 3,468 kluster telah ditamatkan manakala 1,453 kluster lagi masih dilaporkan aktif. KKM juga mengesan tujuh kluster komuniti, empat kluster Kumpulan Berisiko Tinggi, dua Kluster Institusi Pendidikan Swasta dan sebuah kluster Pusat Tahanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Daripada 16 kluster tempat kerja itu, tujuh dilaporkan di Johor iaitu Tapak Bina Gerbang Selatan membabitkan 117 kes dan 183 saringan di Johor Bahru, Parit Kadir Darat (97 kes, 138 saringan) di Muar, Perindustrian Petaling Larkin (93 kes dan 240 saringan) di Johor Bahru, Industri Kampung Jawa Segamat (48 kes, 63 saringan) di Segamat, Industri Mega Satu Cemerlang (23 kes, 172 saringan) di Johor Bahru, Jalan Perniagaan Setia Satu (11 kes, 63 saringan) di Johor Bahru dan dan Jalan Tanjung Balau (10 kes, 110 saringan) di Kota Tinggi.

Tiga lagi kluster tempat kerja dilaporkan di Sarawak iaitu Galaxy (47 kes, 166 saringan), Jalan Bulan Sabit (17 kes, 86 saringan), Sawit 16 (12 kes,31 saringan).

“Manakala, dua lagi kluster kerja Industri Integrasi Rawang Tiga 2, dan Tapak Bina Jalan Myra Alam di Gombak an Kuala Selangor, masing-masing satu kluster kerja di Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Timur Laut Pulau Pinang dan Sabah.

“Tujuh kluster komuniti pula, empat dikesan di Kelantan, dua di Sarawak dan satu di Terengganu,” kata Dr. Noor Hisham.

Menurutnya, Kluster Berisiko Tinggi pula tiga daripadanya di kesan di Larut, Matang dan Selama (Jalan Sungai Pulau), Kuala Kangsar ( Jalan Lasah) dan juga Perak Tengah ( Jalan Haji Wahab) dan satu di Kuching (Jalan Batu Lintang).

Dr. Noor Hisham juga menambah, dua kluster kategori Institusi Pendidikan Swasta berdaftar di bawah KPM iaitu Jalan Habab Kota Tinggi mencatatkan enam kes positif dan 66 disaring diikuti Jalan Rantau Panjang, Klang menyaksikan 25 kes dan 56 saringan dilaksanakan dan kluster Pusat Tahanan iaitu Bawah Bayu di Tuaran dan Kota Kinabalu merekodkan 63 kes dan 63 saringan dilaksanakan setakat ini.-MalaysiaGazette