NEW YORK – Amerika Syarikat (AS) merekodkan sebanyak 40 juta kes jangkitan Covid-19, menurut data Universiti Johns Hopkins.

Jumlah kes Covid-19 di AS meningkat kepada 40,003,101 dengan 648,935 kes kematian.

California menduduki tempat teratas di peringkat negeri dengan jumlah kes sebanyak 4, 421.247.

Texas mengesahkan kes terbanyak kedua iaitu 3,706,980, diikuti Florida dengan 3,352,451 kes, New York 2,304,955 kes dan Illinois dengan lebih daripada 1,5 juta kes.

Negeri-negeri lain dengan lebih daripada 1 juta kes termasuk Georgia, Pennsylvania, Ohio, North Carolina, New Jersey, Tennessee, Michigan dan Arizona, menurut laporan universiti itu.

AS tetap menjadi negara yang paling teruk dengan kes dan kematian terbanyak di dunia, merangkumi lebih daripada 18 peratus jumlah kes dan 14 peratus kematian global.

Jumlah kes Covid-19 di AS mencapai 10 juta pada 9 November 2020, melebihi 20 juta pada 1 Januari 2021 dan melonjak kepada lebih 30 juta pada 24 Mac lalu. – Xinhua