Tosrin Jarvanthi

ISKANDAR PUTERI – Sebanyak 1,585 kes penceraian direkodkan di Mahkamah Syariah Negeri Johor bagi tempoh Mac hingga Julai tahun ini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi berkata, dalam tempoh sama sebanyak 1,054 jumlah aduan masalah rumah tangga diterima.
Jelasnya, lima daerah merekodkan kes penceraian tertinggi antara Mac dan Julai lalu adalah Johor Bahru, Batu Pahat, Kluang, Muar, Kota Tinggi dan Pontian.
“Johor Bahru merekodkan sebanyak 830 kes penceraian diikuti Batu Pahat (158 kes), Kluang (150), Muar dan Kota Tinggi (97) dan Pontian (91),” katanya.
Sementara itu, Tosrin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai berkata, sebanyak 9,614 pasangan pula bernikah di negeri ini dalam tempoh antara Januari hingga Julai lalu.
“Lima daerah merekodkan kes pernikahan tinggi adalah Johor Bahru, Batu Pahat, Muar, Kota Tinggi dan Kluang.
“Johor Bahru merekodkan sebanyak 2,917 pasangan bernikah diikuti Batu Pahat (1,622), Muar (961), Kota Tinggi (880) dan Kluang (672),” katanya.-MalaysiaGazette