Lubang terowong yang membebaskan lima tahanan Palestin. foto EPA

GAZA – Beberapa kawasan di Gaza yang didakwa menjadi kembali menjadi sasaran roket tentera rejim Zionis.

Dalam kejadian lewat malam tadi, Khan Yunis sekali lagi diserang.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, ia mendakwa tempat berkenaan digunakan Hamas untuk menghasilkan roket.

Ia juga menggunakan alasan, bagi membalas serangan belon yang diisi helium ke wilayah yang didudukinya sehingga menyebabkan kebakaran belukar.

Menurut TRT World, pengeboman itu mempunyai kaitan dengan tiga kebakaran di kawasan Israel pada pagi Isnin.

Ia juga dilakukan beberapa jam selepas rakyat Palestin yang dipenjara Zionis berjaya meloloskan diri melalui terowong dari penjara yang dikawal ketat. – TRT World