Dr Adham Baba MOSTI mRNA Covid-19 vaccine Malaysia
Adham Baba

PUTRAJAYA – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan berkolaborasi dengan beberapa negara luar dalam usaha membangunkan vaksin jenis messenger ribonucleic acid mRNA Covid-19.

Menterinya, Datuk Seri Dr.Adham Baba berkata, langkah itu diambil bagi mempercepatkan penghasilannya.

Bagaimanapun katanya, ia memerlukan kerjasama daripada negara-negara terbabit kerana ia merupakan pembangunan vaksin terkini.

“Ia bukan hanya untuk vaksin Covid-19 sahaja tetapi juga membabitkan vaksin-vaksin lain seperti denggi dan sebagainya.

“Kita ada teknologi-teknologi dan yang terakhir adalah dalam pembangunan mRNA iatu teknologi menggunakan genetik..kita perlu mendalami dan membangunkannya,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Dr. Adham berkata, untuk membangunkan vaksin tersebut beberapa saintis diperlukan dan mereka ditempatkan di Institut Kajian Perubatan (IMR) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ujarnya, peringkat kloning telah pun berjalan dan banyak lagi proses yang perlu dilalui.

Dr. Adham ketika memegang jawatan Menteri Kesihatan sebelum ini dipetik sebagi berkata, Malaysia kini sedang dalam proses membangunkan vaksin Covid-19 melalui kerjasama dengan Institut Kajian Perubatan (IMR) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Vaksin berkenaan jenis mRNA yang mula dibangunkan pada November tahun lepas dan kini pada peringkat pengklonan varian asal virus serta varian lain SARS-CoV-2 (Covid-19). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast