Emma Raducanu - USA TODAY Sports

NEW YORK – Bintang remaja, Emma Raducanu mengakhir penantian 44 tahun bagi pemain dari Britain menjuarai kejohanan tenis utama apabila beliau Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada awal pagi tadi.

Raducanu, 18, menewaskan Leylah Fernandez, 19, dari Kanada 6-4, 6-3.

Virginia Wade merupakan pemain wanita Britain terakhir memenangi kejohanan tenis Wimbledon pada 1977.

“Saya tidak percaya melangkah ke pusingan separuh akhir dan pusingan akhir Terbuka AS dan memenangi Grand Slam pertama pada usia muda ini.

“Ada ikon tenis British yang menjadi idola saya setiap masa dan latihan gigih dalam karier awal ini membawa gelaran istimewa ini untuk saya terus mara pada masa akan datang,” ujarnya.

Dengan kemenangan itu, Raducanu menjadi wanita Britain pertama menang di Flushing Meadows sejak Wade pada 1968.

Malah Raducanu juga menjadi pemain pertama memenangi Grand Slam dalam era terbuka selepas Maria Sharapova menjuarai Wimbledon pada 2004.

Raducanu yang memulakan cabaran Terbuka AS menerusi pusingan kelayakan menang straight set dengan semua lawannya sepanjang kejohanan itu. – BBC Sport.com

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast