Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid

KUALA LUMPUR – Polis mendapati tiada unsur jenayah atau khianat dalam kes kemalangan motosikal di Lebuh Raya Sprint pada 2 September lalu.

Malah, nahas itu juga tidak ada kaitan dengan kes cubaan ragut di Terowong Penchala Link seperti yang tular di media sosial.

Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, penunggang motosikal itu mendakwa kemalangan itu berlaku pada jam 6.30 petang itu selepas dia terlanggar tali yang berada di atas jalan tersebut.

Ketika kejadian dia dalam perjalanan balik ke rumah di Meru, Klang.

“Apabila sampai di Lebuh Raya Sprint lebih kurang 1 kilometer dari susur keluar Plaza Tol Damansaara, mangsa telah terlanggar tali layang-layang yang terputus dan mengenai muka mangsa menyebabkan kecederaan ringan,” kata Fakhrudin.

Sehingga kini, ujar beliau, Ibu Pejabat Polis Petang Jaya tidak ada menerima sebarang laporan berkatan cubaan ragut dengan memasang atau merentang tali tangsi di terowong berkenaan seperti yang ditularkan. – MalaysiaGazette