Petugas Kesihatan mengendalikan jenazah pesakit Covid-19 yang akan dikebumikan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 05 OGOS 2021.

KUALA LUMPUR – Sejumlah 463 kes kematian akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan setakat 12 tengah hari semalam.

Pertambahan itu menjadikan kes kumulatif kematian dalam negara ini adalah sebanyak 21,587, menurut Kementerian Kesihatan melalui laman web Covidnow.moh.gov.my.

Menurutnya, daripada 463 kes kematian terbaharu itu hanya tiga kes kematian sahaja dilaporkan semalam.

Manakala 460 kematian lain melibatkan kes yang diundur tarikh, khususnya untuk mengambil kira kes yang memerlukan tempoh lebih lama bagi mengenalpasti punca kematian.

Mengikut laporan perincian kadar kematian mengikut negeri, Lembah KlangĀ  merekodkan angka tertinggi harian dengan 267 kes kematian semalam.

Jika dipecahkan secara terperinci kes di Lembah Klang, Selangor merekodkan angka tertinggi sebanyak 255 kematian berdasarkan data terkiniĀ  dalam data Covidnow KKM disusuli Kuala Lumpur sebanyak 12 kes kematian.

Putrajaya dan Labuan masing-masing merekodkan sifar kematian.

Kedah pula mencatatkan 54 kematian berdasarkan data semalam disusuli Johor 38 kematian.

Dalam pada itu Perak dan Pulau Pinang masing-masing mencatatkan 24 kes dan 23 kes kematian.

Kelantan pula menyaksikan angka kematian sebanyak 19 kes manakala Sabah merekodkan 16 kematian diikuti Sarawak tujuh kes kematian.

Pahang pula mencatatkan enam kematian, disusuli Melaka (4), Terengganu (3) dan Negeri Sembilan (2). – MalaysiaGazette