, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Lefenan Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

KUANTAN  – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) memperuntukkan sebanyak RM1.04 juta dalam program Bantuan Fasa 2 kepada maahad tahfiz, madrasah dan pondok.

Peruntukan tersebut diumumkan Timbalan Yang Dipertua MUIP, Tengku Panglima Raja, Leftenan Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada majlis Liqa Mahabbah bersama Pengetua maahad tahfiz, madrasah dan pondok Negeri Pahang yang diadakan secara atas talian.

Terdahulu, MUIP menyalurkan bantuan one-off fasa 1 berjumlah RM360,000 kepada kira-kira 1,200 guru dan kakitangan intitusi tahfiz diPahang.

Menurut Tengku Amir Nasser Ibrahim, sumbangan sebanyak RM300 seorang bagi membantu menampung pendapatan mereka yang terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.

“Bermula Januari sehingga Ogos 2021, bantuan khas fasa 1 dan fasa 2 adalah sebanyak RM2.06 juta.

“Sumbangan yang telah disalurkan kepada institusi tahfiz, madrasah dan pondok negeri Pahang merangkumi Bantuan Ihya Ramadan 1442H, bantuan penyelenggaraan dan baik pulih kecil,”katanya.

Dalam pada itu, Tengku Amer Nasser Ibrahim turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri dan pembayar zakat serta semua pihak yang membantu institusi tahfiz dalam meneruskan sesi persekolahan norma baharu. – MalaysiaGazette