PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Kisah van putih bercermin gelap yang berlegar-legar dalam keadaan mencurigakan di Taman Sri Lalang di Kluang akan disiasat polis.- Gambar hiasan.

BACHOK – Tidak berpuas hati dengan ketegasan polis dalam melaksanakan penguatkuasaan undang-undang termasuk sekatan jalan raya menjadi punca seorang penganggur bertindak membakar pondok bit polis berhampiran Pasar Jelawat, Bachok, di sini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, pengakuan lelaki berusia 34 tahun itu diperoleh selepas dia ditahan di rumahnya pada 7.30 pagi semalam.

Beliau berkata, lelaki itu merupakan suspek keempat ditahan pihaknya bagi membantu siasatan kes tersebut namun siasatan kini ditumpukan terhadapnya berikutan pengakuan itu.

“Ketika melakukan tindakan khianat itu, suspek (penganggur) menggunakan sebuah motosikal berwarna merah namun semasa ditahan, warna motosikal itu didapati telah bertukar kepada kuning.

“Hasil soal siasat, suspek mengaku terlibat dengan kejadian itu kerana tidak puas hati terhadap pihak polis selain melakukannya selepas dihasut dan dicabar oleh rakan-rakan supaya membakar pondok bit polis tersebut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok di sini hari ini.

Shafien berkata, lelaki itu yang didapati positif terhadap dadah kini direman enam hari bermula semalam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan. – Bernama