"Sejumlah 3454 orang pelancong telah berjaya disaring sebelum mereka dibenarkan berlepas untuk bercuti ke Pulau Langkawi dan empat kes positif dikesan positif sebelum dihalang meneruskan percutian mereka.- Foto Ihsan Facebook rasmi Dr.Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak empat lagi kes positif Covid-19 telah dikesan pada hari kedua pembukaan gelembung pelancongan di Pulau Langkawi selepas lima kes direkodkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, empat kes positif itu dikesan hasil saringan di pintu masuk udara dan laut ke Pulau Langkawi.

“Sejumlah 3,454 orang pelancong yang mahu berlepas untuk percutian di Pulau Langkawi telah berjaya disaring ujian Covid-19 sebelum mereka dibenarkan meneruskan perjalanan masing-masing

“Bagaimanapun, empat kes positif dikesan oleh pasukan kesihatan yang bertugas di lapangan iaitu satu kes di pintu masuk Antarabangsa (PMA) Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, satu kes di PMA Lapangan Terbang Subang dan dua kes positif disahkan menerusi saringan ke atas pengembara tempatan di PMA Feri Kuala Perlis,” katanya dalam laman Facebook hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:

 

Eempat lagi kes positif Covid-1 dikesan menerusi saringan di tiga pintu masuk antarabangsa ke Langkawi di negara ini pada hari kedua pembukaan gelembung pelancongan ke pusat peranginan itu hari ini.Foto Ihsan Dr.Noor Hisham Abdullah

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan lima daripada 2,528 pelancong ke Pulau Langkawi positif Covid-19 hasil ujian RTK-Ag.

Saringan itu dilakukan terhadap 2,546 pengunjung di Pulau Langkawi yang menggunakan pintu masuk udara dan laut. – MalaysiaGazette