Sebahagian penumpang melakukan ujian saringan Covid-19 untuk penerbangan ke Langkawi selepas kerajaan membenarkan pengunjung ingin bercuti ke Langkawi bermula hari ini ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. Foto SYAFIQ AMBAK, 16 SEPTEMBER 2021.-Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kes positif harian Covid-19 seluruh negara hari ini menyusut kepada 15,549.

Bilangan itu menjadikan kes kumulatif terkini sebanyak 2,082,876 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Sarawak menjadi negeri tertinggi iaitu 2,929 kes diikuti dengan Johor sebanyak 2,208 manakala Selangor mencatatkan (1,995); Sabah (1,395), Pulau Pinang (1,375), Kelantan (1,214) dan Perak (1,120).

Kedah pula merekodkan 1,073 kes diikuti Terengganu (755), Pahang (634), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (382) dan Melaka (263).

Negeri Sembilan pula sebanyak 131 kes, Perlis (33); Putrajaya (31) dan Labuan (11).

Untuk rekod, kes positif Covid-19 semalam mencatatkan sebanyak 17,577 kes.-MalaysiaGazette